Home Berita PAS Pahang

Pelancaran Khidmat Malaysia Peringkat Kawasan Kuantan

1021
SHARE

Kuantan, 16 November – Khidmat Malaysia Kawasan Kuantan telah dilancarkan malam ini dengan jayanya di Pusat Tarbiah Islamiah Peramu (PUTIP), Kg. Peramu. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh YB Ust. Rosli Abd Jabbar, Pesuruhjaya Pas Pahang merangkap YDP Pas Kawasan Kuantan.

Turut hadir menjayakan majlis pelancaran ini adalah En. Johari Abdul Wahid selaku Timbalan Pengarah 2 Khidmat Malaysia Negeri Pahang.

En. Sulaiman, Pengarah Khidmat Malaysia Kawasan Kuantan merangkap Timbalan YDP Pas Kawasan Kuantan sempat memaklumkan berkenaan persiapan Khidmat Malaysia Kawasan Kuantan dalam ucapan beliau, “Kita sekarang dalam keadaan bersiapa sedia bagi menghadapi bencana banjir sepanjang November sehingga Mac tahun hadapan.

“Oleh itu, sekiranya berlaku bencana banjir diperingkat Kuantan, Pusat Pemindahan & Pemusatan barang bantuan adalah di Dewan PUTIP.

“Manakala untuk Dapur Rakyat bagi penyediaan makanan mangsa banjir dan petugas di Masjid Al-Fattah, Batu 3.”

Khidmat Malaysia ditubuhkan bagi menyatukan semua arahan tugasan & pengurusan bagi menangani bencana kepada semua badan atau unit-unit dalam parti seperti Jabatan Amal Malaysia, Nisa’, Ameerah, ARC dan lain-lain.

Majlis diakhiri dengan gimik pelancaran & perasmian dengan menyerahkan Walkie Talkie kepada wakil Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) dan Life Jacket kepada sukarelawan Khidmat Malaysia Kawasan Kuantan.