Indera Mahkota, 15 November: YB Andansura Rabu merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang dan merangkap sebagai ADUN Beserah.
Pada petang semalam, beliau bersama AJK PAS kawasan Indera Mahkota telah turun untuk menziarahi masyarakat di sekitar Beserah Tengah.
Program Ziarah Prihatin ini dianjurkan oleh PAS Cawangan Beserah Tengah. Program sebegini juga adalah program tetap yang dianjurkan oleh PAS kawasan Indera Mahkota. YB Andansura Rabu telah menyantuni 4 keluarga MOSWA terdiri dari warga emas dan pesakit minor stroke.