Oleh : Wardah Abdul Rahman
Rabu 15 November 2017, PAS Nibong Tebal meneruskan misi bantuan ke kawasan yang dilanda banjir sekitar Sungai Bakap dan Simpang Empat di sini.
Hari ini masuk hari ke -12 banjir Pulau Pinang. Mangsa banjir yang ditempatkan di penempatan sementara sudah pulang untuk membersihkan kawasan rumah masing-masing.
Ustaz Usman Jaafar Al-Marbawi exco BPPNPP merangkap AJK PAS Kawasan Nibong Tebal hari ini meninjau kawasan perumahan yang dilanda banjir terok iaitu kawasan perkampungan Kampung 8 dan Kampung Jawi Sempit dalam kawasan Simpang Ampat, Nibong Tebal. Turut serta dalam lawatan itu barisan AJK Dewan Muslimat Nibong Tebal.
Selain dari menziarahi dan menyantuni mangsa banjir PAS Nibong Tebal hari ini turut menghulurkan sumbangan berbentuk makanan dan keperluan dapur kepada 20 buah rumah mangsa banjir di kawasan itu.
PAS Nibong Tebal Sebelum ini turut terlibat membantu mangsa banjir di peringkat negeri seperti menyediakan makanan kepada petugas banjir yang datang dari luar Pulau Pinang dan turut mengedarkan makanan kepada mangsa banjir.
Menurut Ustaz Usman Al-Marbawi bantuan berterusan yang disalurkan oleh PAS Nibong Tebal membuktikan keprihatinan dan sifat
kasih sayang dikalangan ahli PAS terhadap mangsa banjir malah kita bukan hanya sekadar berpolitik tetapi turut berterusan menyalurkan bantuan bagi meringankan bebanan dan bersama- sama mereka berkongsi masalah yang mereka hadapi, PAS bukan seperti parti lain yang hanya sekadar memberi bantuan berbentuk ad-hoc dan disana jelas terpalit meraih sokongan dan mengambil kesempatan (politik millage) untuk kepentingan mereka.
PAS tidak menafikan musibah banjir yang menimpa negeri ini sebagai ujian dari Allah semata-mata tetapi segala permasalahan ada sebabnya, antara faktor kelemahan kerajaan negeri sekarang yang ghairah menggondol bukit sekitar Pulau Pinang untuk projek pembangunan dengan tidak melihat kesan jangkamasa panjang dan tidak membuat kajian secara holistik itu antara perkara yang menyumbang kepada banjir. Kelemahan pentadbiran sedia ada menyebabkan rakyat kerugian seperti kerosakan rumah dan harta benda, kehilangan barang berharga dan sebagainya.
Katanya lagi PAS Nibong Tebal berharap rakyat negeri ini mampu mengambil ibrah dan menilai dengan bijak kemenangan kerajaan Pakatan Harapan yang menjanjikan rakyat dengan pelbagai perubahan hanya gimik politik sahaja, sedangkan kelemahan pentadbiran dan ketamakan kemajuan yang dibuat secara membuta tuli memberi kesan kepada rakyat di negeri ini.
PAS Nibong Tebal akan terus berusaha menangani dan sedaya upaya membantu mangsa banjir meringankan bebanan mereka menghadapi saat sukar ini.