Jelajah Hijau 1.0 : Dedahkan Pemuda Memahami Isu Negara
BAGAN SERAI: Jelajah Hijau bertujuan menghimpunkan jentera pilihanraya untuk diberi pendedahan berkaitan isu-isu semasa dan juga taktikal Pilihanraya.
Jelajah telah dijalankan mengikut zon dan zon utara adalah zon pertama bahkan diberi keutamaan kerana di dalamnya terdapat parlimen dan DUN yang PAS menang buat kali pertama dalam pilihanraya pertama negara.
Demikian menurut Pengarah Jelajah Hijau 1.0, Abdul Qahr Syams ketika menyampai ucapan dihadapan pimpinan pemuda PAS Perak Zon Utara, 12 November.
“Penekanan isu semasa lebih kepada isi dokumen HIJAU yang menjadi alternatif kepada rakyat dan kerajaan dalam menangani masalah ekonomi yang semakin tenat.
“Selain penjelasan kepada WINS dan BPMS yang menjadi buat tangan teristimewa buat penyokong dan penyokong PAS.
“Seramai 60 orang telah memberikan komitmen terbaik untuk persediaan menghadapi pilihanraya serta memastikan PAS menang dalam PRU akan datang,” ujarnya.