Home Berita PAS Pahang

Aku dan Muktamar: 2

509
SHARE

Oleh ROSLI ABDUL JABAR

 

Pernah sekali Muktamar PAS di Balai Islam Lundang, aku dan seorang sahabat sepondok dari Terengganu naik kapcai, meredah hujan yang sangat lebat. Tiada tempat dan benda yang kering melainkan basah belaka termasuk pakaian dalam beg. Ketika itu kesejukan tidak terhingga apatah lagi kami melalui jalan pantai.

 

Berhenti tidur di sebuah surau, tapi tak boleh tidur pun. Nak tidur macamana semua pakaian basah, kesejukan tidak terkira, mujur ada kain pelikat wakaf surau diguna seketika, sementara kami memerah pakaian agar tidak terlalu basah. Esok paginya kami kembali bertolak, lebih kurang sejam setengah kami sampai diLundang, keringlah juga pakaian di badan.

 

Yang lawaknya kami jemur pakaian dipagar balai Islam Lundang sambil duduk ditepi pagar dengar ucapan dasar dan sebelum solat jumaat pakaian kami pun kering. Muktamar pada tahun itu agak panas dengan isu kawasan Datuk Maharajalela dan kami tidak dapat masuk kedalam dewan kerana dewannya agak kecil, namun kami taat mendengar ditepi pagar sehingga habis ucapan penangguhan.

 

Bertolak balik waktu petang usai Muktamar sekali lagi disirami hujan lebat, pergi basah balik pun basah. Mungkin hujan masa pergi Allah nak uji kami dan hujan masa balik pulak mungkin kafarah pulak bagi kami, mungkin banyak dosa yang kami lakukan sebelum itu. Kami masa itu belum kawin lagi, sekarang anak dia (sahabat saya itu) empat orang dan saya 13 orang. Mungkin kerana semangat yang disuntik melalui muktamar agaknya.

 

(Baru sampai Batu Caves, Kuantan jauh lagi, jadi sempatlah menulis sekejap. Kalau jalan jem lagi, mungkin sambung dan sambung lagi…

 

Penulis adalah Adun PAS Kawasan Tanjung Lumpur

 

SHARE
Previous articleAku dan Muktamar:1
Next articleAku dan Muktamar: 3