Home Berita PAS Terengganu

90 Peratus Pemohon layak terima I-Fitri

147
SHARE

KUALA TERENGGANU- Sekurang-kurangnya 90 peratus pemohon dana khas Aidilfitri, i-Fitri layak untuk menerima bantuan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat memberi jaminan individu yang memenuhi syarat untuk mendapatkan i-Fitri tidak akan tercicir.

“Daripada 160,000 pemohon yang isi borang, cuma 10 peratus yang tidak dapat.

“Yang tidak berjaya pertamanya disebabkan pemohon bukan pengundi di Terengganu, kedua penjawat awam sebab kerajaan sudah bagi bonus RM500, yang ketiga nama berulang-ulang.

“Kita tidak kira parti, kita bagi kepada pemohon yang layak, makna kata yang isi borang cukup syarat boleh belaka,” ujarnya.

Sementara itu katanya, golongan belia diharap bersabar kerana bantuan Dana Remaja akan dibuat pembayaran pada Julai ini.

“Manakala, permohonan bantuan i-Perantau pula akan dibuka pada minggu hadapan dan pembayarannya akan dibuat selepas raya,” ujarnya.