Home Berita PAS Sabah

88 Guru PASTI Tawau Dirai

1213
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
26 Ogos 2019, Isnin

TAWAU – Seramai 88 orang guru PASTI Kawasan Tawau telah dirai dalam Majlis Sambutan Hari Guru PASTI pada 24 Ogos, disini , baru – baru ini,

Majlis bertemakan ‘Guru Murabbi Penyatu Ummah’ itu bermula pukul 11 pagi bertempat di Royale Borneo Hotel.

Perasmian majlis disempurnakan oleh AJK Kerja PAS Malaysia merangkap Yang Dipertua PAS (YDP) PAS Kawasan Tawau, Tuan Mohamad Husain.

Majlis menyaksikan seramai 7 orang guru telah menerima anugerah atas perkhidmatan cemerlang mereka.

Anugerah Tokoh Guru PASTI telah dinobatkan kepada Cikgu Sajra Haseng.
Anugerah PDPC Terbaik MGP : Cikgu Hasnawati Baharudin.
Anugerah Guru Inovatif : Cikgu Satijah Djupri Anugerah Guru Istiqamah Lama Berkhidmat : Cikgu Herni Mohd Yusuf
Anugerah Guru Harapan Cawangan : Cikgu Ernawati Usman
Anugerah Guru Aktif Cawangan Apas : Cikgu Ervinah Basmin
Anugerah Guru Adiwira : Cikgu Nur Marlyannah Umar.

Selain itu, terdapat juga pelbagai anugerah khas diberikan kepada PASTI-PASTI.

PASTI Nurul Ain menerima 3 penganugerahan sekaligus iaitu Anugerah Tabungan PASTI Terbaik, Anugerah Pengurusan Kewangan Terbaik dan Anugerah Komuniti JIBG Terbaik.

Diikuti dengan PASTI An Nur menerima 2 penganugerahan iaitu Anugerah Kokurikulum Terbaik dan Anugerah Bilangan Murid Meningkat Terbaik).

Manakala PASTI Nurul Mawaddah (Anugerah Bilangan Murid Terbaik), PASTI Nurul Fathonah (Anugerah 3K PASTI Kategori A), PASTI Nurul Afeeya (Anugerah 3K PASTI Kategori B) dan PASTI Nurul Huda (Anugerah Kurikulum Terbaik).

Turut hadir dalam majlis sambutan tersebut adalah Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Sabah, Puan Zaiton Ahmad serta AJK- AJK Dewan Pemuda Pas Tawau serta Dewan Muslimat PAS Tawau.