Home Berita PAS Terengganu

87 Pelajar cemerlang naik pentas bersama ibu bapa di Kijal

12
SHARE

KEMAMAN – Seramai 87 orang pelajar cemerlang dari seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal diraikan dalam Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diadakan di Dewan Ibnu Sina, UC TATI, semalam.

ADUN Kijal, Datuk Razali Idris berkata, pelajar yang mendapat 6A dan ke atas dalam peperiksaan SPM 2024 telah naik ke pentas bersama ibu bapa masing-masing sebagai tanda penghargaan atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.

Katanya, kejayaan itu bukan sahaja hasil usaha pelajar, tetapi juga berkat doa dan sokongan ibu bapa serta guru-guru.

“Majlis ini kita buat khas untuk beri penghargaan kepada anak-anak Kijal yang telah berusaha gigih.

“Kita juga nak hargai ibu bapa yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak,” katanya dalam ucapan perasmian bertempat di Dewan Ibnu Sina, UC TATI semalam.

Turut hadir, Rektor University College TATI (UC TATI), Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid serta wakil daripada Yayasan Terengganu (YT) dan Yayasan Pendidikan MAIDAM yang memberi taklimat mengenai bantuan pengajian dan peluang sambung belajar kepada para pelajar.

Razali berharap kejayaan 87 pelajar tersebut dapat menjadi contoh kepada adik-adik lain di Kijal agar terus berusaha dalam bidang pendidikan.

“Setiap pelajar menerima sijil penghargaan dan sumbangan khas sebagai motivasi untuk terus berjaya dalam pelajaran.

“Anak-anak muda ini harapan masa depan. Kita mahu mereka terus berjaya dan bantu keluarga serta masyarakat satu hari nanti,” ujarnya.