KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di negeri ini mencatat penurunan seramai 824 orang berbanding semalam 2,103 mangsa.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari 184 keluarga yang ditempatkan 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam tiga daerah terlibat.
Katanya, tiga daerah yang masih terjejas adalah Dungun, Marang dan Setiu.
“Setakat jam 8.00 malam, Dungun merekodkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 595 orang daripada 151 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.
“Manakala di Marang dan Setiu pula mencatatkan seramai 179 dan 50 orang daripada 22 dan 11 keluarga yang ditempat di empat PPS dalam daerah berkenaan,”menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.
Jelasnya lagi, secara keseluruhan hujan telah berhenti dan cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu kini mendung.
“Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.