Home Berita PAS Sabah

70 murid menerima sumbangan Back To School

34
SHARE

 

Oleh : Nur Marlyannah Umar
11 Mac 2024

KUNAK : Seramai 70 orang murid sekolah telah menerima sumbangan persekolahan dalam program ‘Back to School’ anjuran PAS Lahad Datu melalui Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial pada Sabtu lalu.

Perasmian dan sumbangan tersebut telah diadakan di SRITI Al-Falah, Kunak yang disempurnakan oleh Pengerusi Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Lahad Datu, Faizan Suardi.

Pengerusi Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Lahad Datu berasa seronok melihat telatah anak-anak yang menerima sumbangan.

Harapan beliau agar sumbangan ini dapat menceriakan hari pertama anak-anak hadir ke sekolah sesi ini.

“Semoga sedikit sumbangan ini mampu mengukir senyuman di wajah mereka apabila mereka melanjutkan sesi persekolahan yang baharu nanti,” katanya kepada pemberita.

“Saya juga ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sesi baharu. Tuntulah ilmu sebaik mungkin,” tambahnya lagi.

Turut hadir bersama Pengerusi Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Cawangan Mostyn, Rahmah Mustaming dan Pengerusi Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial Cawangan Pekan, Junaini Junid.