Home Berita PAS Terengganu

66 Guru PASTI Terengganu terima diploma

134
SHARE

SEREMBAN – Seramai 66 orang guru PASTI Negeri Terengganu telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) pada sesi kali ini.

Pengarahnya, Cikgu Mohd Syamri Abd. Razak berkata Jabatan PASTI Negeri Terengganu mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah dan syabas,

buat semua guru yang telah berjaya menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) daripada Institut Latihan PASTI Malaysia (ILPM).

“Selamat bergraduasi kepada semua guru, semoga ini menjadi pencetus semangat untuk meniti kejayaan yang cemerlang pada masa akan datang,”ujarnya.

Para graduan telah menerima sijil di Majlis Konvokesyen Perguruan PASTI Malaysia Kali Ke-14 sidang 1 yang berlangsung di Nilai Spring Resort Hotel di sini pada malam tadi.

Beliau yang mengalu-alukan kejayaan tersebut berharap guru-guru tetap bersemangat untuk meraih semua impian-impian, semoga Allah SWT selalu menyertai setiap langkah.

“Dengan berjaya menamatkan pengajian, ini membuktikan bahawa usaha adalah kuncinya, tahniah atas pencapaian yang luar biasa ini, terus berusaha dan berkembang.

” Semoga semua ilmu yang telah diraih oleh para graduan sepanjang pengajian DPAK menjadi pemangkin semangat buat guru, dan dapat dipraktikkan sebaik mungkin kepada murid PASTI dalam usaha untuk membentuk murid PASTI yang berkualiti serta berakhlak mulia dan juga berjaya di dunia dan akhirat, ” katanya lagi ketika dihubungi di sini.

Sementara itu ketika merasmikan majlis yang gilang gemilang itu, Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Malaysia, Tuan Guru Zulkifli Ismail memuji kesabaran guru-guru PASTI dari dahulu hingga sekarang.

” Kesabaran yang menjadi asbab umat ini kembali dibina dan dibentuk sesuai dengan keinginan dan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala,” ujarnya.