Home Rencana PAS Selangor

64 tahun merdeka: ada yang bersekongkol dengan kuasa asing? – Setiausaha BPPN Selangor

145
SHARE

May be an image of 6 people, people standing and text that says "Reveal funding by US- based NED, Suaram tells PH FMT Reporters -August 30, 2021 12:33 PM 272 Shares f HARAPAN HIR PAN Suaram adviser Kua Kia Soong says Pakatan Harapan should explain its 'dependence' on alleged funding by the US-based National Endowment for Democracy (NED). ©freemalaysiatoday.com"

Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor

Kita akan meraikan Hari Kemerdekaan Negara ke 64 pada tanggal 31 Ogos iaitu esok. Bermakna telah 64 tahun tanahair tercinta ini bebas dari cengkaman dan pengaruh penjajah serta kuasa asing. 64 tahun kita berdiri di atas kaki sendiri menentukan nasib dan masadepan rakyat dan negara mengikut cara dan kemahuan kita tanpa dipengaruhi mana-mana pihak lain.

Kemerdekaan negara ini sama-sama kita pertahankan puluhan tahun dengan tekad dan harapan tiada lagi kuasa asing yang akan campurtangan apalagi menganggu kebebasan dan kedaulatan kita.

Namun hari ini suatu pendedahan dibuat bahawa ada pimpinan
dan parti-parti politik rupa-rupanya sanggup bersekongkol dengan negara asing, mendapat bantuan dan dana untuk membiayai aktiviti mereka demi memenangi kuasa politik dan kepimpinan dalam negara.

Menurut bekas Ketua Pengarah Perisikan Tentera Lt Jen (Datuk Mohd Salleh Ismail semasa beliau memegang jawatan, terdapat laporan perisikan bahawa beberapa ahli politik dari negara ini telah kerap menerima dana dan sokongan moral dari organisasi dan individu asing.

Tambah beliau pihak asing dari Amerika Syarikat telah memberikan bantuan aset fizikal dan dana untuk membantu perjuangan politik mereka ini. Dan beberapa pertemuan antara mereka telah diadakan khasnya di luar negara.

Maklumat ini menurut beliau kini berada ditangan Kementerian Pertahanan.

Sementara itu dalam laporan portal FMT hari ini bawah tajuk “Reveal funding by US based NED, Suaram tells PH” bekas ahli Parlimen Dr Kua Kia Song selaku Penasihat NGO SUARAM mendesak agar PH menjelaskan kaitan dan hubungan mereka dengan “National Endowment for Democracy” (NED) yang didakwa telah menyalurkan dana ke blok pembangkang itu sepanjang sedekad lalu.

Hubungan antara PH dengan NED ini menurut Dr Kua telah didedahkan oleh Daniel Twining, Presiden Internetional Republican Institute (IRI), Amerika Syarikat tiga tahun lalu. Twining mendedahkan IRI telah berkerja bersama parti-parti pembangkang Malaysia sejak 2002 dengan bantuan NED. Menurut Twining lagi selama 15 tahun melalui NED mereka berkerja untuk memperkukuhkan kedudukan parti-parti pembangkang di Malaysia.

Dr Kua menambah bahawa SUARAM mendapat tahu yang NED merupakan “CIA soft power front” yang digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak beberapa tahun.

Benarkah perkara ini berlaku? Agensi Amerika Syarikat menyalurkan bantaun dan dana kepada parti-parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan?

Pihak PH perlu segera memberi penjelasan berkaitan dakwaan ini.

Malang sungguh dalam kita bermatian mempertahankan kemerdekaan dan keadualatan negara rupa-rupanya ada pihak semata-mata kerana tamak dan gilakan kuasa sanggup menjual maruah dengan bersekongkol dan berkomplot dengan kuasa asing untuk naik berkuasa.

Sanggupkah rakyat Malaysia membenarkan tindakan keji ini dibiarkan?

30 Ogos 2021 | 21 Muharram 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor