Home Berita PAS Sabah

64 orang kanak-kanak sertai Khatan Perdana

30
SHARE

Oleh: Nur Fatin Zulaikha
18 Februari 2024

KINABATANGAN: Seramai 64 orang kanak-kanak telah menyertai program Khatan Nusantara yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kinabatangan hari ini.

Program tahunan itu diadakan dengan kerjasama Klinik Afifi cawangan Kinabatangan.

Menurut Yang Dipertua PAS kawasan, Abdul Aziz Baitul Makmur, amalan berkhatan mempunyai banyak faedah terutamanya dari aspek kesihatan.

“Program ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat agama iaitu untuk mengutamakan kebersihan dalam kehidupan seharian.

“Dengan adanya program sebegini, sedikit sebanyak dapat meringankan beban kos berkhatan anak,” ujarnya semasa program di Dewan Sri Milian itu.

Abdul Aziz turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai perubatan daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PASPISMA) dan Klinik Afifi Cawangan Kinabatangan kerana sudi bekerjasama dengan PAS Kawasan Kinabatangan.