Oleh : Abdul Fattah Kamarudin
MARANG – Seramai 63 orang golongan asnaf di Dewan Undangan Negeri Pengkalan menjadi penerima sumbangan tajaan pihak komuniti Sungai Serai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, bantuan-bantuan yang diberi sebelum tahun lalu seperti i-fitri tidak dapat diberikan.
“Kerana duit royalti hak milik kerajaan Negeri Terengganu telah pun disekat,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyampaikan sumbangan tersebut Kedai Runcit Kak Ma, Sungai Serai baru-baru ini.