Home Berita PAS Selangor

6 ekor lembu tumbang dan selesai diagihkan – PAS Kawasan Tanjong Karang

7
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang

Oleh : Umar Al-Hayawi

TANJONG KARANG | Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Tanjong Karang dengan kerjasama NGO Muslim Care, Srikandi Sumayyah Tanjong Karang dan Masjid Jamiul Hasnat telah menganjurkan program ibadah korban 1442H yang diadakan di Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang.

Sebanyak enam ekor lembu telah selamat dikorbankan dan para petugas terus membahagikan daging korban dan diserahkan kepada ketua-ketua cawangan untuk diserahkan rumah ke rumah dengan kerjasama mantan-mantan sidang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua peserta korban dan juga kepada para petugas yang telah menjalankan aktiviti ibadah korban kali ini dengan jayanya dan dalam masa yang sama juga dapat mematuhi SOP.

Semoga setiap korban para peserta dan juga khidmat para petugas ibadah korban ini diterima disisi Allah SWT. InshaAllah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor