WANGSA MAJU, 7 Jun: PAS Kawasan Wangsa Maju menghulurkan sumbangan #DAPURRAKYAT kepada 55 buah keluarga yang pendapatan terjejas akibat Covid-19, di PPR Gombak Setia, semalam.
Sumbangan berkenaan disampaikan Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Puan Hajah Nuridah Binti Mohd Salleh kepada 12 keluarga penerima PPR Gombak Setia bantuan #DAPURRAKYAT, baki 43 keluarga akan diedarkan oleh Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia.
Jelas YB Kak Nuri , sumbangan terbabit merupakan sebahagian daripada program bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan bagi membantu mereka yang terjejas berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) ketika ini.
Sumbangan terbabit merangkumi 55 kampit beras, gula, sardin dan makanan lain.
Sementara itu, turut hadir sama Setiausaha PAS Wangsa Maju, Haji Hairul Anuar, Ajk Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Wilayah Persekutuan, Puan Zurina dan Wakil Persatuan penduduk PPR Gombak Setia, Puan Che Faridah.