KUALA TERENGGANU – Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memperuntukkan 50,000 botol air mineral untuk diagihkan kepada lebih 40 buah masjid-masjid utama di seluruh negeri sempena Ramadan kali ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Ts Abdul Karim Endut berkata, ia merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyokong perlaksanaan aktiviti masjid untuk mengimarahkan bulan
“Tahun 2025 merupakan tahun kedua SATU meneruskan inisiatif ini yang mana pada tahun lepas hanya melibatkan 30 buah masjid.
“Sumbangan air mineral kepada masjid ini adalah salah satu cara yang bermakna untuk meyokong kegiatan ibadah dan sosial di masjid pada bulan yang mulia ini,”katanya.
Menurut beliau, air mineral tersebut mula diagihkan bermula minggu lepas ke masjid-masjid di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Kemaman, Setiu dan Besut.
Tambahnya, selain meringankan beban kewangan masjid, sumbangan ini juga membantu meningkatkan kesejahteraan Jemaah dan memperkukuhkan hubungan sosial SATU dengan masyarakat.
Abdul Karim juga berkata, selain sumbangan itu, pihaknya juga tidak akan sesekali melupakan golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadan ini.
Katanya, beberapa program penyampaian sumbangan akan diadakan bagi meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan menjelang ketibaan Aidilfitri bulan depan.