Home Berita PAS Terengganu

5,000 Orang kunjung pameran kejayaan Terengganu

12
SHARE

SHAH ALAM – Kira-kira lebih 5,000 orang mengunjungi pameran kejayaan Terengganu yang dikelola Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sempena Karnival Usahawan di sini.

Urus Setia Pameran, Wan Nabilah Farhana Kamaruddin berkata jumlah itu berjaya direkodkan setelah lima hari program berlangsung.

Katanya, pameran itu turut mendapat kerjasama lima agensi kerajaan negeri yang lain.

“Kesemua unit tubuh tersebut terdiri daripada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Urusetia Belia Sukan & NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-Mits), Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) dan Urus Setia Wanita Terengganu (USWA).

“Turut disediakan hadiah kepada semua pengunjung yang datang ke pameran kami yang disertakan dengan maklumat-maklumat berkaitan kejayaan negeri Terengganu sejak penggal lepas,” jelasnya.

Dia berkata demikian ketika sidang media di dataran pameran bertempat di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam di sini hari ini.

Tambah Nabilah, pameran tersebut berlangsung selama lima hari bermula 18 hingga 22 Oktober 2023.

“Kesemua pengunjung yang datang menunjukkan reaksi positif dan tertarik apabila urusetia menerangkan berkaitan kejayaan yang dicapai oleh negeri ini.

“Terutamanya menerusi anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC), dari sudut pelaburan yang masuk dan pelbagai lagi,” ujarnya.