“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
SHAH ALAM, 26 Julai – Perikatan Nasional telah mengagihkan ‘Bakul Makanan’ ke peringkat Negeri Selangor yang berpusat di Pejabat Perhubungan PAS Negeri Selangor. Setiausahanya Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir bersama Sekretariat Pejabat Perhubungan menguruskan pengagihan tersebut untuk wakil-wakil Parlimen yang telah datang mewakili kawasan masing-masing.
Beberapa kawasan lain di seluruh negeri Selangor akan menerima sumbangan Bakul Prihatin ini untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di kawasan masing-masing. Sumbangan telah ditetapkan untuk setiap kawasan 500 pek ‘Bakul Makanan’ yang akan diberikan.
Parlimen Sabak Bernam dan Kuala Selangor telah mengambil ‘Bakul Makanan’ tersebut bagi mengedarkannya di sekitar kawasan mereka dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Semoga inisiatif yang baik oleh Gabungan Parti Perikatan Nasional ini dapat menghilangkan sedikit bebanan rakyat di masa sukar negara mengharungi pandemik Covid-19 dan juga semoga Allah mengangkat bala wabak ini dan membebaskan negara kita daripada sebarang bala bencana lain, InshaAllah.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor