Home Berita PAS Pahang

50 dari Maahad Tahfiz pertama kali sertai Jambori Amal

1019
SHARE

TEMERLOH: Program Jambori Amal peringkat kawasan Temerloh kali ke lima yang berlangsung di kolam Maahad Tahfiz Al Amin, Berhala Gantang selama tiga hari dua malam yang berakhir kelmarin, berjaya menarik penyertaan seramai 50 orang.

 

Peserta yang rata-ratanya pertama kali menyertai program berkenaan merupakan pelajar-pelajar dari Maahad Tahfiz sekitar Temerloh iaitu Al-Istiqamah Sungai Gau, Al-Furqan Batu 4, Al-Amin dan Pusat Pengajian Al-Bakri, Lebak .                     

 

Program dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Ir Haji Khairil Nizam Khiruddin.

 

Antara lain dalam ucapannya beliau menyeru dibetulkan niat apabila menyertai Jabatan Amal dengan niat mestilah ikhlas kerana Allah SWT.

 

Katanya, dalam Jabatan Amal ini perlunya kita bermula di peringkat sebagai anggota Amal bawahan.

 

“Teruskan beramal kerana Allah, kerana kita akan menempuhi alam akhirat selepas alam dunia. Dengan amalan-amalan kebaikan yang dilakukan, ia sebagai saksi kita di akhirat.

 

“Teruskan berjuang sebagai anggota Amal kerana selepas ini kita akan menghadapi PRU 14, oleh itu tenaga kita amat diperlukan untuk persiapan tersebut,” katanya.

 

Sementara itu sebagai memenuhi tujuan Jambori Amal itu sendiri iaitu ahli Amal yang bekemahiran, peserta-peserta jambori didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran oleh jurulatih-jurulatih Amal negeri.

 

Antara ilmu asas yang dipelajari peserta ialah asas penggunaan tali, asas semboyan, asas medik dan trafik jalan raya.

 

Acara kemuncak yang menimbulkan debaran tetapi menyeronokkan semua peserta dalam program berkenaan ialah turun bangunan mengunakan tali.

 

Turut hadir menjayakan program ialah orang pesorangan, anggota jambori selain daripada pelajar maahad tahfiz.