Home Berita PAS Selangor

5 cadangan mengatasi banjir kilat di Selangor – Pengurus Operasi KMN Selangor

3805
SHARE

May be an image of tree and body of water

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

1. Hentikan segera penerokan hutan di kawasan-kawasan pinggir bandar dan hutan simpan terutama di sekitar hutan bukit Cherakah Shah Alam bagi mengembalikan keseimbangan iklim alam semulajadi.

2. Laksanakan segera projek pembesaran Sungai-sungai terutama sungai Damansara yang sudah kerap disuarakan oleh penduduk setiap kali banjir melanda kawasan bandar di Selangor ini.

3. Mendalamkan lagi kolam-kolam takungan sedia ada di sekitar kawasan bandar, terutama di Taman Sri Muda dan bina lagi kolam takungan di kawasan rendah terutama di Dengkil.

4. Membina lebih banyak sistem kolam takungan berteknologi tinggi (bawah tanah) di bawah kawasan lapang / padang bola dalam. Bandar kerana tiada lagi kawasan yang kini sudah padat dengan pembangunan dan penduduk.

5. Selesaikan segera masalah pembuangan sampah ke dalam longkang sehingga longkang tersumbat yang menjadi antara kecuaian manusia sehingga mengundang banjir.

29 September 2021 | 22 Safar 1443

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor