Home Berita PAS Terengganu

482 Anak PASTI terima kit alat tulis

8
SHARE

DUNGUN – Seramai 482 orang pelajar di lapan buah PASTI di DUN Sura telah menerima manfaat berupa kit alat tulis bagi memulakan sesi persekolahan tahun 2024.

Ketua Ameerah DUN Sura, Syahida Nur Izzah Ariffin, ia bersempena program ‘Back to School’ yang diadakan saban tahun.

“program ini kita buat untuk hargai anak-anak pasti yang bersemangat ke sekolah dan Alhamdulillah sambutan sangat baik dari pihak sekolah dan juga para guru.

“Anak-anak PASTI sangat teruja bila mendapat hadiah walaupun nilainya kecil,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini pada hari ini.

Katanya, bantuan ini adalah sebagai motivasi kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah dengan hati yang tenang dan gembira.

“Selamat menjalani sesi persekolahan sesi baharu.

“Semoga dipermudahkan segala urusan buat semua ibu bapa, guru-guru serta para pelajar untuk terus bermotivasi dalam mencurah dan mencari ilmu.

“InsyaAllah program ini akan terus dijalan setiap tahu,” tambahnya.