Home Berita PAS Sabah

48 amilin parti terima sumbangan

15
SHARE

Oleh : Nur Marlyannah Umar
8 April 2024, Isnin

LAHAD DATU : PAS Cawangan Aman Jaya melalui Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial meraikan 48 amilin peringkat cawangan, Sabtu lalu di Lahad Datu.

Program itu diadakan sebagai tanda ingatan dan ukhuwah kepada amilin parti yang bekerja keras bagi menjayakan agenda dakwah, tarbiah dan siasah khusus di Lahad Datu.

Sumbangan berupa barang dapur dan wang tunai disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Lahad Datu, Landari Labobo dan Ketua Pemuda Cawangan Aman Jaya, Razik Tan, turut hadir, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Lahad Datu, Nurmia Habba di rumah amilin masing-masing.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat raikan 48 amilin PAS Cawangan Aman Jaya dan dalam masa sama dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli jawatankuasa PAS Cawangan,” ujar Landari.

“Semoga majlis ini memberi makna besar sebuah ukhuwah yang diikat dengan nilai perjuangan Islam,” tambahnya lagi.

Beliau turut merakam penghargaan kepada semua penyumbang untuk tabung asnaf dan amilin yang mana dengannya dapat dikongsi dan disebar luaskan melalui Biro Kebajikan dan Keprihatinan Sosial PAS Cawangan.