Home Berita PAS Terengganu

40 Muslimat sertai Bengkel Hasilkan Sabun

7
SHARE

Oleh: Liya Zaliya

SETIU – 40 orang muslimat menyertai kursus menghasilkan sabun berasaskan sisa minyak masak terpakai yang dianjurkan oleh Lajnah Asas Tani Dan Alam Sekitar (LATAS) Muslimat Kawasan Setiu.

Ketua LATAS, Muslimat PAS Negeri Terengganu, Rohani Ramli berkata ianya akan menggalakkan amalan kitar semula sambil membantu peserta menjimatkan kos sara hidup seharian dan menjana ekonomi bagi membantu keluarga .

“Pada masa yang sama berjaya menggalakkan amalan kitar semula sisa minyak masak terpakai sebagai satu cara untuk menjaga alam sekitar sambil turut memberi manfaat kepada komuniti,” ujarnya.


Rohani berkata demikian ketika merasmikan kursus tersebut yang berlangsung pada sabtu, 6 Januari di Balai Raya Kampung Bari Besar, di sini.

Turut hadir sama dalam majlis itu, Ketua Muslimat PAS Kawasan Setiu. Wan Ramlah Wan Abd Rahman.

Beliau berharap kursus itu akan memberi peserta pengetahuan dan kemahiran baru dalam pengurusan sumber.

“Semoga kursus ini juga akan memberi impak positif kepada kehidupan harian disamping menjaga kebersihan alam sekitar,” katanya lagi.