“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor
SELAYANG, 16 Ogos – Khidmat Malaysia Negeri Selangor (KMNS) hari ini melebarkan khidmat penyelarasan sumbangan Prihatin Tabung Bencana Covid 19 nya kepada Hospital Selayang pula dan kali ini bersama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) dan Persatuan Kebajikan Assakinah (ASSAKINAH).
Sumbangan ICU Ventilator yang ditaja oleh Malaysian Rubber Council (MRC) dan PAPISMA sebanyak 4 unit bernilai RM600 Ribu ini telah diserahkan oleh Pengerusi KMNS, Ustaz Noor Najhan bin Mohamad Salleh kepada wakil Pengarah Hospital Selayang petang tadi.
Manakala pihak ASSAKINAH pula telah menyumbangkan lebih 30 karton air mineral buat petugas hospital Selayang melalui program sumbangan KMNS kali ini.
Bagi pihak KMNS, mengharapkan alat bantuan pernafasan khas dapat membantu pesakit ICU dan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor