Home Artikel PAS Selangor

4 Tanda Kita Mencintai Baginda Nabi Muhammad SAW – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor

317
SHARE

Oleh : Ustaz Hanif J

“Demi Dzat yang jiwa Muhammad ada dalam genggamanNya, sungguh akan datang suatu masa, di mana seseorang tidak akan melihatku lagi, kemudian jika seandainya dia mahu melihatku, maka hal itu lebih ia cintai dari pada keluarga dan hartanya” – (HR muslim)

  1. Sentiasa kita berusaha untuk mengenali baginda Nabi.

Membaca akan sejarah hidupnya, mengenali budi pekerti ya, menyelami kehidupannya, serta segala yang berkaitan dirinya..

  1. Sentiasa berusaha mengamalkan sunnah baginda Nabi. Dari sekecil sunnah mengalihkan duri di jalanan, sehingga sebesar² sunnah mewujudkan negara Islam..

“Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-Imran 31.

  1. Sentiasa berselawat keatas diri baginda Nabi. Tidak pernah kering bibirnya dengan berselawat kepadanya..

para ulama ada menyebut “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”al-ahzab 56

  1. Sentiasa rindu untuk bertemu dengannya..

“ Beruntunglah sesiapa yang melihatku lantas beriman kepadaku dan beruntunglah (diulang perkataan beruntung sebanyak 7 kali) sesiapa yang tidak pernah melihatku tetapi mereka tetap beriman kepadaku.” HR Bukhari

Kita tidak pernah melihat wajahnya, tidak pernah mendengar suaranya. Tidak pernah berjalan seiring dengannya. Namun kita sangat menginginkan agar dapat bertemu dengannya…

Bukan mudah untuk kita mencintai orang yang tidak kita kenali. Namun, begitulah hikmah yang Allah tetapkan buat kita. Walaupun, tidak pernah melihat susuk tubuh atau wajah baginda Nabi SAW, tetapi jauh di dalam hati kita terasa betapa kita kenal dan rindu pada baginda SAW..

Hanif J
Ada maksud pada warna bagi setiap 4 perkara tersebut.. Siapa tahu??

Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor