4 Tahun Pelajar Terpaksa Berhimpit
KUALA KANGSAR: Lajnah Pendidikan Dewan Pemuda PAS Kuala Kangsar berkesempatan mengunjungi Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) Al Umarriyyah, Talang, 22 Mei lalu.
Keadaan murid-murid sekolah mengikuti sesi pembelajaran jelas tidak selesa bahkan berhimpit di Dewan Orang Ramai yang dijadikan tempat sementara semenjak 4 tahun lalu.
Maklumat yang diperolehi semasa kunjungan tersebut bahawa jumlah murid yang mengikuti pengajian di situ melebihi 130 orang.
Dengan penambahan jumlah tersebut tentu akan mengganggu pengajian pelajar-pelajar kerana persekitaran yang tidak kondusif mampu mempengaruhi prestasi pengajian.
Turut bersama dalam ziarah tersebut, Naib Ketua Pemuda PAS Kuala Kangsar,Ustaz Omar Adam, yang turut berkongsi ilmu dan nasihat kepada guru-guru serta pelajar SRAR Al Umarriyyah.
Beliau amat berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat melihat secara serius tentang keadaan dan fasiliti SRAR itu yang perlu diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya agar kesinambungan Pendidikan Islam di Kuala Kangsar khususnya menjadi semakin cemerlang.
Turut hadir dalam kunjungan mahabbah ini ialah Setiausaha Pemuda PAS Kuala Kangsar; Ustaz Mujahiddin Musa dan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pemuda PAS Kuala Kangsar, Ustaz Sulaiman Muhammad.
{jathumbnail off}