Home Berita PAS Perak

4 anugerah khas serikan Munaqasyah PAS Perak

171
SHARE

Oleh: Akif Danisya Ismail

PARIT: Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden PAS peringkat Negeri Perak telah berlangsung dengan jayanya di D’Hotel, Sri Iskandar, di sini semalam.

Menurut Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Khalil Yahaya, Munaqasyah bertujuan mengupas inti pati Ucapan Dasar Presiden PAS semasa Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-69 di Shah Alam, Oktober lalu.

“Kita akan kupas dan beri penerangan tentang Ucapan Dasar Presiden PAS ini kepada semua ahli PAS. InsyaAllah, selepas tamatnya program ini, PAS Kawasan-kawasan akan laksanakan Munaqasyah di kawasan masing-masing (pula),” ujarnya.

Munaqasyah peringkat PAS Negeri Perak kali ini berjaya mengumpul sejumlah RM2667.30 setelah tabung derma jihad dilancarkan.

Menariknya, turut berlangsung penyampaian Anugerah Khas dengan empat kategori iaitu Peserta Paling Muda, Peserta Paling Berusia, Kawasan Terawal Daftar lengkap peserta dan Kawasan Terawal membayar yuran.

Anugerah Khas Peserta Paling Muda dinobatkan kepada Nurul Izzah Muhammad Alias, 24, daripada PAS kawasan Ipoh Timur manakala Anugerah Peserta Paling Veteran adalah Tarmizi Muhammad,76, daripada PAS Kawasan Bagan Serai.

Dalam pada itu, PAS Kawasan Parit menerima Anugerah Kawasan Paling Awal daftar lengkap peserta, manakala PAS Kawasan Kampar berjaya merangkul  Anugerah Kawasan Paling Awal bayar yuran.