Oleh : Anna Tan
26 Ogos 2020
TAWAU ~38 pelajar dan 5 guru PASTI Nurrul Hanani , Jalan Kuhara selamat daripada kebakaran di sini, Jam 2.00 tadi.
Menurut seorang guru yang terselamat, Cikgu Sumaya Jambu, mereka berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu utama.
Beliau berkata kejadian berlaku tiba-tiba selepas para pelajar baru selesai membaca doa.
” Tiba-tiba terlihat api di suis utama.
” Kami terus mengarahkan semua pelajar dan guru keluar menyelamatkan diri” katanya.
Pengerusi PASTI Tawau, Cikgu Irwan Hamdan ketika ditemui di tempat kejadian menyatakan kesyukran kerana tidak berlaku sebarang perkara yang buruk melibatkan nyawa.
” Saya bagi pihak pengurusan PASTI Kawasan Tawau memohon jutaan kemaafan kepada waris pelajar yang terlibat atas kejadian yang berlaku.
” Inshaa Allah, pihak pengurusan PASTI akan membangunkan semula PASTI mengikut perbincangan dengan pihak pimpinan PAS Kawasan Tawau yang akan dibuat nanti.
” Saya juga memohon kemaafan kepada seluruh ahli PAS khususnya di kawasan Tawau kerana PASTI Kuhara adalah juga markas tarbiyah bagi ahli PAS sejak tahun 1986 lagi”
” Ini adalah hari yang amat mendukacitakan kepada kepada kita semua” katanya.
Manakala Yang DiPertua PAS Kawasan Tawau, Mohamad Husain, yang juga AJK PAS Malaysia ketika ditemui di tapak kebakaran turut menyatakan kesyukran kehadrat Allah SWT kerana tidak berlaku sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa kepada para pelajar dan juga para guru.
Selain itu, beliau juga menyatakan kebakaran tersebut tidak menyebabkan sebarang kerosakan terhadap harta benda rumah-rumah yang bersebelahan dengan PASTI.
” Inshaa Allah, PAS Kawasan Tawau bersama pihak pengurusan PASTi akan membangunkan semula PASTI” katanya.
Punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian akibat kebakaran masih dalam siasatan dan penilaian.