Home Berita PAS Pahang

34 keluarga sedang kuarantin di Kampung Awah dibantu

310
SHARE

Oleh: RAMLI AWANG

CHENOR, 21 Ogos :: Sejumlah 34 keluarga yang terlibat kuarantin di Felda Awah dan Kilang Getah Felda Kampung Awah telah menerima sumbangan barangan makanan daripada Ahli Dewan Negeri Chenor, Ustaz Mujibur Rahman Ishak kelmarin.

Sumbangan tersebut berbentuk pek makanan kering disediakan untuk keluarga yang terlibat dengan arahan kuarantin bagi meringankan kesulitan yang mereka hadapi.

Ustaz Mujibur Rahman ketika diwawancara menyatakan harapannya agar semua keluarga yang terlibat dapat bersabar dengan ujian yang dilalui.

Beliau turut mendoakan agar wabak pandemik Covid-19 segera berakhir.

Program anjuran bersama Masjid Al-Furqan Felda Kampung Awah itu turut disertai bersama Penghulu Mukim Bukit Segumpal, Pengurus Kilang, Pengerusi Masjid Al Furqan dan aktivis parti.

Ustaz Mujibur Rahman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program itu.