KUALA NERUS – Seramai 320 nelayan dan penoreh getah dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit menerima sumbangan daripada Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Rakit.
Pengarah Majlis Tindakan DUN Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail berkata, iaini menunjukkan keprihatinan dan empati pemimpin kepada golongan yang terkesan.
“Sedikit sumbangan ini merupakan inisiatif sendiri daripada pihak Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Rakit sebagai tanda prihatin terhadap nasib nelayan yang tidak dapat turun ke laut dan penoreh ekoran cuaca tidak menentu,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam laman facebooknya pada semalam yang mana program itu diadakan di Dewan Serbaguna Wakaf Catur, semalam.
Sumbangan tersebut diberikan sebagai tanda keprihatinan terhadap kesulitan yang dihadapi golongan ini akibat cuaca tidak menentu, yang menyebabkan ramai nelayan tidak dapat turun ke laut dan penoreh getah terjejas pendapatan mereka.
Menurutnya, sumbangan ini merupakan inisiatif sendiri untuk membantu meringankan beban para nelayan dan penoreh getah agar dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
“Alhamdulillah, dengan sedikit sumbangan ini, kami berharap dapat meringankan sedikit kesukaran yang mereka hadapi.
“Ini adalah usaha kecil kami untuk menunjukkan keprihatinan kepada golongan yang memerlukan, terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu,” katanya.
Majlis penyerahan sumbangan turut dihadiri oleh beberapa pemimpin masyarakat setempat dan berlangsung dalam suasana sederhana tetapi penuh bermakna.