Home Berita PAS Perlis

320 graduan, MAP PASTI Arau diadakan dalam dua sidang

44
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 30 Jan: Majlis Anugerah Prestasi (MAP) PASTI Kawasan Arau yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan seramai 320 orang graduan naik ke pentas menerima Sijil Penghargaan Tamat PASTI 6 Tahun.

Berlangsung dalam suasana gilang-gemilang di Auditorium Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara, Perlis, majlis telah diadakan dalam dua sidang.

Sidang pertama dirasmikan oleh  dirasmikan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Negeri Perlis merangkap ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad sementara sidang kedua pula oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim.

MAP kali ini menyaksikan pelajar daripada PASTI Al Furqan, Taman Pauh Indah, Aisya Nur Iman Muhammad Aizat telah dinobatkan selaku Tokoh Murid PASTI Kawasan Arau.

Turut mencuri tumpuan, seorang graduan berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut naik ke pentas menerima sijil.

Sementara itu, Pengerusi PASTI Kawasan Arau yang ditemui merakamkan ucapan tahniah kepada semua graduan atas kejayaan mereka menamatkan pengajian di institusi berkenaan.

“Kepada para graduan, kami di PASTI Kawasan Arau turut mendoakan agar mereka akan terus mencapai kecemerlangan walau di mana jua mereka menyambung pengajian selepas ini,” katanya.