Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar
Oleh : Umar Al-Hayawi
Sungai Besar, 17 Ogos – PAS Kawasan Sungai Besar dengan kerjasama PAS Cawangan Parit 13 Sungai Panjang telah menyampaikan Bantuan Bakul Prihatin kepada 31 buah keluarga baru-baru ini.
Bantuan berkenaan disampaikan terus ke pintu rumah penerima bertujuan menyantuni dengan masyarakat di samping menjadi ruang mendapatkan maklumat tentang permasalahan setempat. Turut hadir dan menyampaikan sumbangan ialah Ketua Cawangan PAS, Mohd Orip Bin Sairan.
Menurut laporan, seramai 11 orang petugas turun menyampaikan sumbangan dan mengagihkan melalui 4 kumpulan agar sumbangan dapat di salurkan lebih sistematik dan teratur.
“Walaupun keadaan politik negara yang tidak stabil, PAS tetap meneruskan agenda berkebajikan dan menasihatkan kepada penerima supaya terus berdoa dan bersatu hati melawan COVID-19.”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor