Home Berita PAS Perak

300 rumah dalam kawasan PKPD terima bantuan

161
SHARE

Oleh : Azam Safiee

LARUT, Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah menyantuni 300 keluarga yang terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Batu 19 1/2 dan Kampung Batu 20, Kampung Sungai Manik, dan Kampung Siam di sini.

Pengagihan bantuan yang mengambil masa enam jam diketuai ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya dengan menyampaikan sumbangan barang makanan dan keperluan harian seperti ikan, ayam, telur dan sayur-sayuran.

“Usaha seumpama ini mungkin kecil daripada pusat khidmat tetapi sangat membantu meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 ketika ini.

“Apabila terdapat keperluan dari semasa ke semasa, bantuan segera disalurkan termasuk kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU)”, jelas beliau lagi yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Larut .

Program dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut disampaikan sendiri dalam kawasan PKPD dengan diiringi Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta mendapat kebenaran Ketua Balai Polis (OCS) Batu Kurau.

Turut bersama, Ketua Pemuda PAS Kawasan Larut, Fadhil Mohamad, JPKK Batu 20, Abu Hassan dan Sekretariat bersama petugas sukarelawan Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah.