Home Berita PAS Selangor

300 bungkus ayam dan ikan milik penduduk kampung – PAS Kawasan Sungai Besar

107
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 31 Ogos – Penduduk di sekitar Kampung Parit 11, 12 dan 13 Sungai Panjang telah mendapat satu bungkus ayam dan ikan setiap satu keluarga dalam Program Sumbangan Ayam dan Ikan Parlimen Sungai Besar 2021 di Tapak Pekan Jumaat, Parit 13 Sungai Panjang.

Sebanyak 333 bungkusan ayam dan ikan telah berjaya diagihkan kepada semua penduduk kampung tanpa terkecuali.

“Semua rumah kita berikan kupon dan tiada yang tertinggal. Tidak kira miskin atau kaya, berbeza latar belakang politik sekalipun, kita beri. Ini hak mereka.”

Ustaz Fadzin dan YB Muslimin bin Yahaya hadir menyampaikan sumbangan dan beramah mesra dengan penduduk yang hadir. Sumbangan ini telah disediakan oleh Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Besar di bawah YB Muslimin bin Yahaya dan pasukannya.

“Sungai Besar sinonim dengan nelayan dan perikanan. Maka kita manfaatkan kelebihan ini untuk manfaat bersama.”

Turut hadir ialah Ustaz Mohd Orip bin Sairan, Ustazah Meseripah binti Sirat, Salihudin bin Baharom dan AJK PAS Cawangan Parit 13 Sungai Panjang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor