Home Berita PAS Selangor

30 gelandangan dirai sekitar Pelabuhan Klang – PAS Kawasan Klang

99
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Klang

Oleh : Mohd Nasrul Bin Ahmad Tajuddin

KLANG, 24 Ogos – Khidmat Malaysia Klang dengan kerjasama NGO Pertubuhan Komuniti Sahabat Harmoni Malaysia (KASEH), Bakewanis, Ummah Care, KRC, Pondok Motivasi, dan Yayasan Amal pada petang ini meraikan 30 gelandangan di sekitar Pelabuhan Klang.

Para petugas yang terlibat mengambil makanan yang siap dimasak beserta air minuman di SRITI Al Hawariyyun, Pelabuhan Klang sekitar 5.15 petang. Setelah itu, para petugas dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya gerak kerja berjalan lebih lancar dalam menjejak gelandangan ini.

Menurut Penyelaras Khidmat Malaysia Klang, Ustaz Khalid Nayan, “di samping kita memberikan makanan dah minuman kepada gelandangan ini, kita juga mengambil data mereka untuk didaftarkan dalam program pemberian vaksin kepada gelandangan yang akan diadakan pada hari Ahad, 29 Ogos 2021 nanti di Pelabuhan Klang ini. Hampir 20 orang gelandangan diambil maklumat mereka bagi tujuan tersebut”.

Program selesai sekitar 7.00 malam.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor