Home Artikel PAS Perak

3 ADUN PAS Perak Mengangkat Sumpah Hari Ini.

1,337 views
SHARE

IPOH : Seramai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak termasuk 3 anggota daripada PAS, mengangkat sumpah hari ini.

Sidang Dewan dimulakan dengan pengundian bagi melantik Speaker Dewan dengan memilih 3 nama yang telah dicadangkan sebelum ini iaitu :

1) DAP – Dato Ngeh Koo Ham : 31 undi
2) PAS – Ustaz Misbahul Munir : 3 Undi
3) BN – Datuk Nasaruddin Hashim : 25 Undi

Seorang Calon dari Parti Keadilan Rakyat menarik diri dari bertanding.

4) PKR – Menarik Diri.

Jawatan Speaker Dewan dimenangi oleh Calon dari PH Dato Ngeh Koo Ham dengan beroleh undi sebanyak 31 undi.

Majlis angkat sumpah itu dimulai oleh YAB. Tuan Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu yang merupakan ADUN Chenderiang serta Ahli Parlimen Tambun.

ADUN PAS Perak terdiri daripada YB. Haji Razman Zakaria (Gunong Semanggol),YB. Ustaz Akmal Kamaruddin (Selama) dan YB. Ustaz Khalil Haji Yahaya (Kubu Gajah).

Sidang ditangguh pada tarikh yang akan diberitahu kelak.