Home Berita PAS Sabah

SRITI Lahad Datu nyalakan jiwa merdeka

34
SHARE

 

Oleh : Nur Marlyannah Umar
14 September 2024, Sabtu

LAHAD DATU : Sambutan Kemerdekaan anjuran Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Lahad Datu berlangsung meriah dan kepelbagaian pakaian pekerjaan melibatkan lebih 130 murid SRITI, di sini, kelmarin dahulu.

Pelbagai acara disediakan sempena program itu seperti pertandingan mewarna, melukis jalur gemilang, kuiz merdeka, teka silang kata merdeka, cipta pantun merdeka dan melukis poster merdeka yang memberangsangkan jiwa merdeka mereka.

Sementara itu, turut diadakan pertandingan mewarna terpantas guru-guru SRITI Tahfiz Lahad Datu dan persembahan silat oleh murid.

Selain untuk menyemarakkan jiwa merdeka, penganjur juga memperkenalkan jenis-jenis pakaian pekerjaan murid dengan menampilkan Ahli Majlis Daerah Lahad Datu, Tuan Kanizam Kamis.

Menurut Kanizam, semua jenis pekerjaan yang ada hari ini perlulah dihormati, pekerjaan inilah yang membawa kita arah kemerdekaan.

Semangat juang yang tinggi daripada barisan hadapan Negara yang membawa Negara ini mengecapi kemerdekaan suatu ketika dahulu, ujar beliau lagi.

Program ini juga telah dijayakan dengan kerjasama orang ramai dalam menyumbang hadiah kepada murid-murid SRITI.

Turut hadir bersama memeriahkan program, Ketua Pemuda PAS Cawangan, Razik Tan.