Home Berita PAS Terengganu

28 Mangsa banjir perantau dibantu ADUN Buluh Gading

140
SHARE

KUALA NERUS – Seramai 28 orang anak perantau daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buluh Gading telah menerima sumbangan wang tunai setelah terjejas teruk akibat banjir di Negeri Pahang dan Selangor, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim berkata, pihaknya telah menyalurkan bantuan kewangan bernilai RM500 bagi setiap keluarga yang terkesan akibat bencana pada akhir tahun lepas itu.

Sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Shah Alam, Selangor

“Banjir yang melanda tanpa jangkaan yang melibatkan lebih 70 ribu mangsa di dua negeri tersebut telah merosakkan banyak harta benda terutamanya barangan keperluan rumah.

“Pada mulanya, kita ke Pahang dan Selangor untuk menyerahkan sumbangan ini.

“Namun begitu apabila ramai perantau pulang bercuti di kampung masing-masing ketika cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, kita buat satu lagi majlis di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading,” katanya ketika ditemu bual pemberita selepas selesai agihan sumbangan baru-baru ini.

Katanya, ketiga-tiga majlis berasingan telah dianjurkan bagi menyempurnakan agihan itu.

Sumbangan kepada mangsa banjir yang diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Buluh Gading

Jelasnya lagi, beliau berharap agar sumbangan berupa kewangan itu dapat meringankan serba sedikit kos penyediaan kelengkapan rumah kesan daripada musibah banjir tahun lepas.