Home Berita PAS Terengganu

2,632 Premis diberi Advokasi Pendidikan Akta 852

8
SHARE

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 2,632 premis perniagaan telah diberi advokasi pendidikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) berkaitan akta baharu, Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852], setakat 19 Oktober.

Pengarahnya, Dato Dr Kasemani Embong berkata sepanjang tempoh tersebut  sebanyak 249 operasi telah dilaksanakan dengan kekuatan anggota penguatkuasa seramai 326 orang.

“Premis-premis berkenaan telah dilawati bagi sesi penerangan pendidikan kepada pemilik premis khususnya kedai-kedai penjualan produk merokok dan premis kawasan larangan merokok.

“Selain itu, pelbagai aktiviti berbentuk pendidikan telah dibuat seperti edaran risalah kepada orang awam, kempen penggunaan papan tanda larangan merokok / vape yang baharu, perbincangan kumpulan kecil, hebahan kenderaan bergerak, serta ceramah dan taklimat melalui pelbagai saluran media sosial,” ujarnya.

Beliau  berkata demikian kepada pemberita selepas mersmikan Majlis Pelancaran OPS CAKNA (Akta 852) di KTCC di sini hari ini.

Tambahnya, Bilik Gerakan Operasi Cakna 852 juga telah dibuka di Ibu Pejabat dan diseluruh daerah bagi menjawab sebarang persoalan atau aduan awam berkaitan Akta ini.

“Ia termasuk  mengawal selia operasi penguatkuatkuasaan,”ujar beliau.