Home Berita PAS Sabah

Katakan Tidak kepada Valentine’s Day

102
SHARE

Oleh : Anna Tan.                                                         14 .02.2022

Tawau : 14 Februari adalah tarikh sinonim dengan _Valentine’s Day_ @ Hari Kekasih. Namun umat Islam adalah diharamkan menyambut hari tersebut.

Pengerusi Lajnah Dakwah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau(DMPKT) Ustazah Mardiyana Osman berkata , Keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia ke-71 yang bersidang dari 22 hingga 24 November 2005 menyatakan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan dalam Islam.

Menurutnya, muzakarah tersebut bersetuju bahawa perayaan itu mempunyai unsur-unsur agama Kristian secara tersirat serta amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dengan ajaran Islam.A

“Bahkan, Allah  berfirman dalam Surah Al-Isra ayat 32 yang bermaksud,

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.

” Hakikatnya, setiap perkara yang bercanggah dengan Islam pastilah ada keburukan padanya.

“Justeru, Lajnah Dakwah DMPKT menyeru semua umat Islam agar tidak menyambut atau meraihkan perayaan Hari Kekasih yang sebenarnya banyak memberikan natijah buruk bukan sahaja kepada diri kita, tetapi generasi baharu dan agama Islam itu sendiri” Katanya semasa dihubungi wartawan di sini, pagi tadi.