Home Berita PAS Selangor

250 keluarga menerima ikan dan sayur – Dewan Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh

81
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SUNGAI BULOH, 21 Ogos – Pagi ini, Pemuda PAS Kawasan Sungai Buloh telah ke Flat Bukit Rahman Putra bersama ikan dan sayur segar untuk diagihkan kepada penduduk yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menurut Pemuda PAS Sungai Buloh, sumbangan kali ini dikhabarkan dapat menampung untuk 250 buah keluarga. Lori yang membawa barangan tersebut tiba di Flat sekitar jam 9.30 am. Pimpinan PAS kawasan juga turut bersama menyantuni masyarakat setempat dengan penjagaan SOP yang rapi.

Sedikit sumbangan ini diharapkan dapat melegakan kesulitan penduduk yang sedang bertarung dalam menghadapi tekanan kewangan akibat krisis kesihatan dan ekonomi diwaktu pendamik.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor