Home Berita PAS Sabah

25 buah keluarga menerima bantuan pasca banjir PAS Batu Sapi

151
SHARE

4 Februari 2022
Oleh : Asiah Muhammad

BATU SAPI :  Bantuan bakul makanan pasca banjir PAS Kawasan Batu Sapi telah diserahkan kepada 25 buah keluarga yang merupakan mangsa banjir awal bulan lepas di Kampung Segaliud semalam.

Bantuan ini telah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Norsah Bongsu merangkap Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah.

Beliau berkata, “Musibah banjir yang berlaku kali ini mendidik masyarakat supaya bersabar dan dapat pengalaman untuk membuat persediaan menghadapi bencana banjir pada masa akan datang.”

“Pihak berautoriti juga perlu buat amaran bencana lebih awal bagi persediaan dalam menghadapi musibah sebegini terutama kawasan yang rendah dan terdedah untuk musibah banjir ini,” tambah beliau lagi.

Turut hadir semasa penyerahan bantuan ini ialah Timbalan Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Masru Mustakeem, AJK Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Lisa Hariono dan AJK PAS Kawasan Batu Sapi.

Program penyerahan bantuan bakul makanan ini anjuran bersama Khidmat Malaysia PAS Sabah dan Yayasan Amal Malaysia.