Home Berita PAS Terengganu

230 sertai khatam Al Quran DUN Rantau Abang

8
SHARE

DUNGUN – Hampir 230 orang wanita di DUN Rantau Abang telah menyertai Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran 4.0 Muslimat PAS DUN tersebut yang menyaksikan peningkatan penyertaan setiap kali diadakan.

Ketua Muslimatnya, Rugayah Mahmood berkata majlis yang masuk tahun keempat diadakan pada penghujung Ramadan itu dilihat sebagai kemuncak program tadarus yang dianjurkan di surau-suara, Masjid dan kumpulan mengaji di cawangan – cawangan-cawangan.

“Dengan penyertaan semakin meningkat, Muslimat bersyukur kerana program ini tanpa mengira fahaman politik berkumpul menyertainya, kita bersatu dengan Al Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi di sini mengulas majlis yang telah diadakan di Masjid Kampung Serdang pada 6 April.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(MTD) Rantau Abang, Cikgu Alias Harun.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Dungun, Ustaz Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli yang singgah bertemu sambil menyampaikan ucapan ringkas.

Dalam pada Cikgu Alias berharap peserta yang hadir untuk terus membaca Al Quran sambil tadabbur sehingga khatam

“Walaupun sudah khatam Al-Quran kali ini dalam bulan Ramadan, teruskan supaya kita faham makna dan isi Al-Quran untuk kita buat panduan dalam kehidupan,” ujarnya lagi.