Home Berita PAS Terengganu

230 pelajar cemerlang SPM 2020 DUN Cukai diraikan

22
SHARE

Oleh : Ahmad Ezani Razali

KEMAMAN, 14 Julai – Seramai 230 orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai telah diraikan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, semua pelajar cemerlang yang memperolehi keputusan 5A sehingga 12A diraikan supaya menjadi motivasi kepada mereka untuk terus melanjutkan pelajaran mereka ke mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang menjadi pilihan mereka.

“Saya sentiasa mendoakan suatu hari nanti mereka akan membawa pulang segulung ijazah sekali gus menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.

“Dalam masa yang dapat berkhidmat di dalam negeri, daerah atau seumpamanya bagi meneruskan legasi pemimpin yang lama sama ada di dalam politik, jabatan kerajaan ataupun lain-lain.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah dan guru-guru yang telah memberikan tumpuan sepenuhnya dengan menghabiskan banyak masa berkorban demi melihat anak didik mereka mencapai kejayaan.

“Terima kasih juga kepada ibu bapa yang bukan sahaja membuka ruang kepada anak untuk menimba ilmu di sekolah, malah turut sama memberikan perhatian, tunjuk ajar dan sebagainya kepada anak-anak mereka itu ketika di rumah,” ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).

Dalam pada itu, Hanafiah turut menyampaikan hadiah berbentuk wang tunai dan cenderahati kepada mereka yang disenaraikan sebagai pelajar cemerlang SPM 2020 bagi DUN Cukai.

Majlis yang diadakan secara berperingkat selama dua hari iaitu Ahad dan Isnin lalu berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai.