Kejayaan 60 pelajar anak Kemahang jadi kebanggaan – Dato’ Md Anizam
Oleh: Syamimi Manah
Foto: Media ADN Kemahang
TANAH MERAH, 14 Mei – Kejayaan anak-anak di kawasan Kemahang bukan sahaja membanggakan keluarga masing-masing, bahkan seluruh masyarakat setempat.
Ahli Dewan Negeri (ADN) Kemahang YB Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman berkata, pencapaian keseluruhan 60 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Menengah Ugama (SMU) di DUN berkenaan membuktikan potensi besar anak muda dalam bidang pendidikan, sekali gus menjadi aset penting kepada masa depan masyarakat.
“Alhamdulillah, kejayaan anak-anak ini bukan sahaja membanggakan keluarga masing-masing, bahkan menjadi kebanggaan seluruh masyarakat DUN Kemahang,” katanya menerusi laman rasmi, semalam.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 30 pelajar cemerlang SPM yang memperoleh keputusan 9A, 8A dan 7A telah diraikan dalam satu majlis penyampaian sumbangan khas, semalam.
Sumber: inforakyat.kelantan.my