Ramadan madrasah tarbiyah | PAS Perak
UCAPAN SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Ramadhan Karim. Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan.
Segala puji dan syukur kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kita masih diberi peluang untuk bertemu sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, keampunan dan rahmat ini.
Ramadhan adalah madrasah tarbiyah yang mendidik jiwa kita menjadi lebih sabar, lebih bertaqwa dan lebih dekat dengan Allah SWT. Inilah bulan gandaan pahala, bulan diturunkan al-Quran, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amal ibadah β memperkukuh solat berjemaah, memperbanyakkan bacaan al-Quran, bersedekah, beristighfar dan memperbaiki hubungan sesama manusia. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya.
Sahabat dan sahabiah sekalian,
Kita tidak tahu apakah ini Ramadhan terakhir buat kita. Justeru itu, rebutlah peluang yang Allah SWT berikan ini dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan ia berlalu tanpa peningkatan iman dan amal.
Di kesempatan ini juga, saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkhidmatan dan pergaulan saya ada kekhilafan, kekurangan atau keterlanjuran kata. Semoga Ramadhan ini menyatukan hati-hati kita dalam ukhwah dan perjuangan yang diredhai Allah SWT.
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.
Ikhlas daripada,
YB Datuk Hj Idris Hj Ahmad
Ahli Parlimen Bagan Serai
Naib Presiden PAS
Pesuruhjaya PAS Negeri Perak