Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden perkukuh gerak kerja PAS Pasir Salak
PASIR SALAK, 18 Feb β Walaupun hari cuti pejabat, gerak kerja perjuangan tetap berjalan apabila pimpinan dan ahli menghadiri Program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden Parti Islam Se-Malaysia yang berlangsung di Kg Gajah, di sini pagi tadi.

Program tersebut menjadi medan pertemuan dan dialog secara bersemuka bersama ahli-ahli akar umbi bagi membincangkan serta memperhalusi intipati dasar parti.
Menurut penganjur, sesi munaqasyah itu bukan sahaja membuka ruang muhasabah, malah menjadi platform percambahan fikrah serta memperkemaskan gerak kerja demi Islam dan rakyat.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Pasir Salak, Cikgu Yusuf, Timbalan Yang Dipertua, YB Ustaz Zafarul, Naib Yang Dipertua, YB Ustaz Jamaludin serta Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Perak, Datoβ Dr Norasyikin.
Perbincangan yang berlangsung secara dua hala itu diharap dapat memberi kefahaman lebih jelas terhadap dasar parti di samping menyuntik semangat kepada ahli untuk terus istiqamah dalam perjuangan.

Program berkenaan berakhir dengan komitmen bersama untuk memperkukuh saf dan memastikan gerak kerja organisasi terus tersusun serta berfokus.